Wednesday, February 29, 2012

PERKEMAHAN AMALI AKHIR OUTDOOR RECREATION 2011 (part 3)

26 Disember 2011 Isnin
Aktiviti bermula pada pukul 5.30 pagi iaitu solat subuh berjemaah dan menyambung aktiviti dengan senaman pagi iaitu Malaysia cergas.Selepas itu, kami telah berkumpul untuk memulakan aktiviti kami.  Kami terdiri daripada empat buah pulau iaitu Pulau Redang membuat aktiviti Camp craft, Pulau Kapas melakukan aktiviti jungle treking dan knotting  , Pulau Tioman melakukan aktiviti kayak dan Pulau sibu melakukan aktiviti survival dan orieentering. Semasa aktiviti Camp craft dalam kumpulan pulau telah dipecahkan kepada gunung gunung dan telah diberikan tugasan tugasan masing masing.Semasa camp craft kami telah ditugaskan untuk membersihkan kawasan tapak perkemahan dan membuat gajet gajet seperti rak kasut. Pada sebelah malam sesi post morterm telah berlangsung untuk membincangkan aktiviti yang berlaku sepanjang hari itu.
27 Disember 2011 Selasa
Kami memulakan aktiviti pada pukul 5.30 pagi  pada hari ini Pulau kapas telah melakukan aktiviti kayak.Pulau Redang treking, Pulau Tioman Orieentering dan survival dan Pulau Sibu camp craft.
kumpulan yang melakukan kayak telah berkayak sejauh enam kilometer mengelilingi tasik tersebut.Semasa kayak kami diminta untuk melakukan rafting.
Selepas tiba di jeti tapak perkhemahan, kami diminta untuk melakukan capsize iaitu menterbalikan kayak untuk tujuan pembelajaran.semua peserta wajib melakukannya.  Pada sebelah malam sesi post morterm untuk kali ke dua telah berlangsung untuk membincangkan aktiviti yang berlaku sepanjang hari itu.
28 Disember 2011 Rabu
Kami memulakan aktiviti pada pukul 5.30 pagi  pada hari ini Pulau kapas telah melakukan aktiviti orieentering dan survival,Pulau Redang kayak, Pulau Tioman camp craft dan Pulau Sibu jungle treking.Kami telah diberiakan peluang untuk mendaki Bukit Hijau di Kampung Ngor.Pengalaman yang tidak pernah dirasai oleh majoriti peserta kem ini. Pengalaman baru bagi kami dan semasa dalam perjalanan mendaki bukit itu banyak yang telah kami pelajari dari fasilitator , pensyarah dan pemandangan itu sendiri yang mengajar kami.Terdapat banyak gelagat peserta semasa mendaki bukit itu, ada yang takut dengan tinggi ada yang takut dengan pacat.Sebelum sampai dan sebelum pulang dari Bukit hijau kami terpaksa berenang sejauh 500 meter dan berjalan kaki sejauh 1.5 kilometer. .  Pada sebelah malam sesi post morterm untuk kali ke tiga telah berlangsung untuk membincangkan aktiviti yang berlaku sepanjang hari itu.
29 Disember 2011 Khamis

            Pada waktu pagi , para peserta melakukan aktiviti seperti biasa . Di mulakan dengan solat subuh berjemaah ,kemudiannya aktiviti Malaysia Cergas . Peserta memulakan aktiviti Malaysia cergas dengan menyanyikan lagu Negaraku ,diikuti lagu UiTM DiHatiku , dan lagu tema kami iaitu Hanya Di Mercu. Selepas selesai menyanyikan semua lagu , kami semua melakukan senaman ringan yang diketuai oleh peserta UiTM Jengka . Mereka juga telah mengetuai senamrobik . Sesudah melakukan aktiviti Malaysia Cergas ,semua peserta terus makan untuk sarapan pagi pada jam 8.30 pagi . Menu sarapan pada pagi itu ialah nasi goreng dan air teh o panas .
            Pada jam 9 pagi ,kesemua peserta telah mengikuti jadual aktiviti yang telah dibuat untuk hari tersebut . PulauRedangmelakukanaktiviti Survival , PulauKapasmelakukanaktiviti Camp Craft dan First Aid , Pulau Sibu melakukan Kayak , dan Pulau Tioman melakukan aktiviti Trekking dan Knotting . Kesemua aktiviti berjalan dengan lancar pada hari tersebut ,dibantu oleh cuaca yang sangat baik .Pulau Redang tidak makan tengah hari pada hari tersebut .Manakala Pulau Sibu ,Tioman , dan Kapas makan pada hari tersebut pada pukul 1.00 tengah hari . Pulau Sibu ialah pulau terakhir yang menamatkan aktiviti pada hari tersebut ,pada jam 5 petang . Para peserta diberimasa untuk membuat persiapan diri untuk aktiviti malam .
Aktiviti pada waktu malam dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah .Selesai solat ,semua peserta makan untuk makan malam . Jam 9.00 malam ,semua peserta , fasilitator, alumni dan pensyarah telah hadir ke khemah pusat untuk melakukan aktiviti post-mortem mengikut pulau . Di pengerusikan oleh fasilitator dan diperhatikan oleh para pensyarah dan alumni .Kesemua pulau hadir pada malam itu ,melainkan PulauRedang , kerana melakukan aktiviti survival . Sesi post-mortem pada malam itu berakhir pada jam 2 pagi .Kesemua peserta boleh  rehat dan tidur ,tetapi disertakan dengan sentri mengikut jadual sentri yang telah dibuat .

No comments: