Wednesday, February 29, 2012

PERKEMAHAN AMALI AKHIR OUTDOOR RECREATION 2011 (part 1)

PERSIAPAN SEBELUM PERKHEMAHAN
Pensyarah telah membahagikan tugasan yang akan dijalankan dan penerangan telahdibuat semasa penyerahan tugas. Selain itu, biro-biro setiap tugasan telah dilantik antaranya ialah pengarah, timbalan pengarah,setiausaha,bendahari,biro peralatan,biro pengangkutan, biro makanan, biro keselamatan, biro kerohanian, biro penempatan,biro aktiviti dan biro teknikal dan tugas-tugas khas.
Kami telah mengadakan beberapa mesyuarat untuk membincangkan dan mencapai kata sepakat dalam membuat sesuatu keputusan. Sebelum perkhemahan berlangsung, banyak masalah yang telah timbul antaranya perselisihan paham diantara biro-biro, kurangnya komunikasi antara biro-biro tetapi sebelum perkhemahan berlangsung semua masalah dapat diselesaikan.
Bagi menjayakan lagi program ini kami dikehendaki berhubung dengan biro biro dari kampus lain. Terdapat komunikasi yang baik antara kami walaupun belum pernah mengadakan perbincangan bersemuka tetapi ada juga masalah yang tidak dapat dielakkan.
Kami bertolak pada 23.12.2011 hari jumaat,kami dikehendaki berkumpul di kafeteria pada pukul 7  pagi dan bertolak pada pukul  8.30 pagi.kami tiba di UiTM Shah Alam sebelum solat jumaat.  Dan menunaikan tanggungjawab kaum adam disana. 

No comments: