Wednesday, February 29, 2012

PERKEMAHAN AMALI AKHIR OUTDOOR RECREATION 2011 (part 2)

23 Disember 2011 Jumaat
Semua peserta bertoloak dari kampus masing masing ke UiTM Shah Alam.Dianggarkan semua peserta  tiba pada pukul 6 petang.Shahputra adalah kumpulan yang paling awal tiba iatu pada pukul 1.30 petang kemudian diikuti dengan Instedt pada pukul 6 petang.Kumpulan yang paling lewat tiba adalah Jengka iaitu pada pukul 8 malam. Kami telah bergotong royong untuk menaikan semua barang kedalam lori untuk bergerak ke tapak perkemahan pada keesokkan harinya.
Selepas itu,kami diberi penerangan dan sesi berkenalan dengan fasilitator,  pensyarah dan alumnai terlibat.Semasa di Shah Alam kami telah dipecahkan mengikut kumpulan yang besar iaitu pulau dan dalam pulau dibahagikan kepada empat gunung setiap gunung mempunyai 10 ahli dan kami telah menginap di Surau kolej kenanga bagi perempuan dan lelaki bermalam di sekitar luar surau.

24 Disember 2011 Sabtu
Pada pagi 24 Disember ini kami memulakan aktiviti pertama iaitu Malaysia Cergas. Kami telah melakukan senaman arobik bersama sama yang telah diketuai oleh fasilitator dari jengka.
Selepas segalanya selesai kami berkumpul untuk  pembahagian bas.Sebanyak 7 buah bas telah digunakan untuk membawa kesemua peserta fasilitator dan pensyarah yang terlibat ke tapak perkemahan.
Kami bertolak dari Shah Alam pada pukul 11 pagi.Semasa dalam perjalanan kami berhenti rehat di hentian  rehat Tapah. Kami tiba di Lenggong kira kira pada pukul 3.45 petang.Setibanya di sana kami terpaksa berjalan kaki sejauh 1kilometer untuk sampai ke tapak perkemahan.
Sampai ditapak perkemahan kami telah dibahagikan tugas untuk mendirikan khemah, menurunkan barang dari lori,membuat longkang disetiap khemah , membersiahkan tapak perkemahan.
Pada sebelah malam aktiviti ice breaking telah dijalankan dan dipecahkan mengikut kumpulan bas yang kami naiki. Malam itu adalah malam yang paling banyak gelak ketawa disebabkan gelagat fasilitator.kami dibenarkan tidur pada pukul 2pagi.

25 Disember 2011 Ahad
Kami memulakan aktiviti dengan solat subuh berjemaah , selepas solat kami menyambung aktiviti dengan melakukan Malaysia cergas dan bersambung dengan aktiviti seterusnya iaitu camp craft.kami beramai ramai melakukan gotong royong  membersihkan tapak perkemahan.
Pembahagian jadual sentri dan jadual memasak telah diberikan kepada setiap kumpulan untuk memastikan setiap kumpulan merasai pengalaman tersebut.Disana kami merasai pengalaman baru iaitu makan beramai ramai didalam dulang,setiap satu dulang dikhendaki berkongsi lima orang.Selain itu, Juga diselitkan dengan aktiviti sampingan seperti permainan yang menyeronokkan.   
Pada sebelah malam, kami telah melalukan aktiviti night walk di sekitar kawan tersebut.Pulangnya dari aktiviti tersebut kami telah disediakan satu permainan iaitu  treasure hunter.Dalam permainan tersebut kami terpaksa mencari jawapan bedasarkan pantun yang telah diberikan,dan terpaksa menjawab soalan soalan yang diberikan.Kumpulan yang terawal dapat menyelesaikan permainan ini adalah pada pukul 2 pagi dan kumpulan yang terakhir adalah pada pukul 6.30 pagi.

No comments: