Wednesday, February 29, 2012

PERKEMAHAN AMALI AKHIR OUTDOOR RECREATION 2011 (part 4)

30 Disember 2011 Jumaat

            Pada jam 5.30 pagi kesemua peserta telah bangun untuk bersiap untuk solat subuh berjemaah .Hari itu adalah hari terakhir berada di Kem Tasik Chenderoh . Aktiviti pertama ialah melakukan Malaysia Cergas .Pada jam 8 pagi, peserta telah sarapan pagi . Aktiviti utama pada hari tersebut ialah mengemas kesemua peralatan dah khemah-khemah .Pulau Redang tiba semula ke khemah utama pada jam 9.30 pagi dari pulau Survival .Pulau Redang diberi masa untuk bersiap untuk melakukan aktiviti mengemas selama setengah jam .Selepas itu mulalah aktiviti mengemas .Peserta telah dibahagikan tugas mengikut pulau dan gunung .Peserta melakukan aktiviti mengemas dengan penuh bersungguh-sungguh .Tepat jam 1 tengah hari ,kesemua barang-barang telah siap dikemas dan sudah sedia dimuatkan ke dalam lori . Tetapi ,lori telah lewat selama 1 jam . Pada pukul 2 petang ,semua barang telah selesai dimuatkan ke dalam lori . Sebanyak 7 buah bas telah digunakan untuk menghantar kami semua pulang ke UiTM Shah Alam . Kami bertolak dari kem pada jam 3 hingga 4 petang .
            Perjalanan kami mengambil masa selama 3 hingga 4 jam untuk sampai ke destinasi .Sesudah sampai ke UiTM Shah Alam , kami diberi masa untuk bersiap untuk majlis Makan Malam BBQ yang dihadiri oleh tetamu khas iaitu . Pakaian tema kami pada malam itu ialah baju melayu untuk lelaki dan baju kurung untuk perempuan .Makan malam itu dimulakan tepat jam 8.30 malam dan dimulai dengan bacaan doa dan ucapan oleh tetamu yang hadir  .Tepat jam 9.30 malam ,kesemua tetamu, para alumni , pensyarah , fasilitator dan peserta telah mula menjamu selera . Sambil menjamu selera ,para tetamu telah dihiburkan dengan persembahan dari kumpulan-kumpulan mengikut bas . Malam itu sangat menghiburkan dan meriah sekali .Majlis itu berakhir pada jam 1 pagi .Pada malam itu jadual sentri berjalan seperti biasa .
31 Disember 2011 Sabtu

            Hari itu adalah hari terakhir perkhemahan Outdoor Recreation untuk semester ini .Tetapi ,masih ada tugas dan aktiviti untuk dijalankan pada hari itu . Aktiviti utama pada hari itu ialah membasuh kesemua peralatan yang telah digunakan . Biro-biro aktiviti telah membahagikan tugas-tugas membersih mengikut kumpulan gunung bagi memudahkan kerja berjalan mengikut waktu yang ditetapkan .Antara peralatan yang perlu dibasuh ialah kayak, paddle kayak, flysheet, khemah, dam pelbagai lagi peralatan .Aktiviti membersih kesemua peralatan ini bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahhari .Sebelum memulakan aktiviti , kami telah bersarapan terlebih dahulu dan selepas selesai , kami makan tengahhari .
            Aktiviti membasuh peralatan sangat memenatkan , kami diberi rehat sehingga jam 2.45 petang untuk menyiapkan diri dan barang peribadi . Tepat jam 3 petang ,semua peserta diminta berkumpul untuk majlis penutupan Kem Outdoor Recreation Tasik Chenderoh untuk semester ini . Majlis dijalankan dengan ringkas sekali . Para pensyarah memberi ucapan dan kata-kata ingatan kepada peserta .Majlis itu telah ditutup oleh En Azizul .Setiap pertemuan pasti ada perpisahan ,semua peserta telah bersalam-salaman dengan kesemua alumni , pensyarah , dah juga fasilitator . Mereka bermaaf-maafan di antara mereka .Sesudah mereka selesai ,barang-barang rampasan para peserta telah dipulangkan semula kepada mereka . Semua peserta yang terdiri daripada 4 buah kampus ,bertukar-tukar nombor telefon mereka dan bergambar sesama mereka .
            Pada jam 4.30 petang ,kesemua peserta telah bersurai dan menaiki bas untuk pulang ke kampus masing-masing . Maka berakhirlah sudah Final Camp Outdoor Recreation ,Tasik Chenderoh untuk semester ini 

No comments: